Thursday 6 October 2016

PERANAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

                              

                              
 JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

PROGRAM :GEOMATIK

KURSUS:PENGAJIAN MALAYSIA(DUB1012)

TAJUK:PERANAN MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC) DALAM MEMBELA NASIB UMAT ISLAM

AHLI KUMPULAN:
1.SITI A’ISYAH BINTI ROFINY(02DGU16F1072)
2.CHE WAN NUR ADIBAH BT CHE WAN MOHAMAD(02DGU16F1021)
3.NURUL ANISAH BINTI MOHD SALLEH(02DGU16F1075)
4.NURUL ANIS BINTI MAT SAUPI(02DGU16F1069)
5.NUR AZIRA BINTI MOHAMED(02DGUF1063)

NAMA PENSYARAH :
EN MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI




PENGENALAN
Pertubuhan Kerjasama Islam atau Organisation Of Islamic Cooperation(OIC) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara utara, Afrika, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan, dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka, bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kemajuan dan kebajikan umat islam di seluruh dunia.
Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Pada 28 Jun 2011, ia menukarkan namanya daripada pertubuhan persidangan Islam kepada pertubuhan kerjasama Islam. Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 bersamaan 12 Rejab 1389H bersempena persidangan dunia Islam pertama di Rabat ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
                                            OBJEKTIF
  •  Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota
  •  Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, social, budaya, saintifik, dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta pengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa.
  •  Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan, dan penjajahan.
  •   Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kearah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan.



        SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN OIC :

Kajian ini melibatkan pencarian maklumat mengenai sumbangan Malaysia dalam pertubuhan persidangan islam dan negara-negara oic yang terlibat. Negara kita sering kali menganjurkan persidangan oic dan menyokong projek seperti Bank Pembangunan Islam. Negara kita telah memainkan peranan aktif dalam usaha perantaraan bagi menyelesaikan konfliks Iran-Iraq melalui OIC. Pada bulan Ogos 1998, pengumuman genjatan senjata antara Iran dan Iraq telah dibuat dengan sepasukan 15 pegawai tentera kita menyertai pasukan tentera pemerhati PBB. Malaysia menyokong kuat perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO).

Negara kita pernah menjadi tuan rumah Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1983. Malaysia menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, hak untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Negara kita juga memperjuangkan penyerahan tanah Arab yang diduduki oleh Israel. Malaysia menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan tehadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Russia sejak tahun 1979. Negara kita membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984. Malaysia memperjuangkan penyelesaian politik secara aman di Afghanistan iaitu rakyatnya harus diberi peluang untuk memilih kerajaan mereka sendiri.

Tambahan lagi Malaysia dalam siding pertemuannya bersama pemimpin-pemimpin negara islam(oic) telah menyuarakan banyak persoalan. Perana Malaysia dalam menegaskan persoalan politik ini memberikan kesan untuk menangani permasahalahan tersebut. Persoalan senjata nuklear terus dijadikan alas an untuk menghalalkan tindakan Amerika Syarikat untuk mengambil alih dunia ini. Amerika Syarikat bersikap talam dua muka apabila cuba menyekat pembangunan teknologi nuclear di negara membangun, tetapi terus membiarkan kuasa-kuasa besar Perancis, Britain,Rusia,China dan Israel meguji senjata nuklear mereka.

Hakikatnya Amerika Syarikat bimbang dengan kemunculan kuasa-kuasa nuclear baru yang dilihat berupaya mengancam kepentingan Amerika Syarikat dan Israel. Kita kesal apabila Amerika Syarikat terus menekan Iran menggunakan isu nuclear ini. Di Iraq sebelum inipun mereka mencadangkan kononnya Baghdad mempunyai senjata pemusnah, tetapi sehingga hari ini fitnah tersebut tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu, kita menyuruh pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif menyelesaikan isu-isu penindasan di palestin, Kashmir, Selatan Thai, Iraq, Afghanistan, Lubnan, Chehnya, Bosnia dan lain-lain.





                                                  KESIMPULAN
Peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan politik adalah Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) ternyata memberi harapan agar suasana politik negara terjamin. Unsur dan peranan yang diusul melalui Dasar Luar Malaysia  telah menarik perhatian  melalui pertemuan dan perjumpaan anggota OIC agar politik Malaysia stabil. Peranan Dasar Luar juga memainkan peranan dalam perkembangan sosial,ekonomi dan politik.  Sesungguhnya dasar luar mencerminkan rangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada pemerintahan Malaysia .


                                                    LAMPIRAN



KERATAN AKHBAR TENTANG OIC








RUJUKAN
1.     TAJUK BUKU  : PENGAJIAN MALAYSIA
NAMA PENGARANG   : NORMURNI MOHAMAD
RAZANA FATIN ABDULLAH@RAZALI
MOHAMAD FAIZAL AHMAT
PERTAMA  KALI  DITERBITKAN  PADA  TAHUN 2016
DITERBITKAN  DI  OXFORD FAJAR  SDN.BHD
TEMPAT TERBIT : 4 JALAN  PEMAJU  U1/15, SEKSYEN U1
HICOM-GLENMARIE  INDUSTRIAL  PARK
40150  SHAH  ALAM
                                              SELANGOR  DARUL  EHSAN
2.     http;/cikgurazak.blogspot.com/2010/03/Malaysia-dan-hubungan antarabangsa.html
3.     http;/www.slideshare.net/oppa1314/sumbangan-malaysia-dlm-pbb-oic-komanwel-fakrul-nazneen.
4.     Keratan akhbar Harian Metro


No comments:

Post a Comment